Operasi Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum

Ahli negara OPEC memegang lebih kurang dua pertiga simpanan minyak dunia. Mereka menyumbang kepada 40% keluaran minyak dunia dan separuh daripada hasil eksport. Terima kasih kepada OPEC, negara-negara ahli menerima lebih daripada sepatutnya yang mereka ekspot. "Tahun lalu, 11 ahli negara OPEC . . . menerima pendapatan $338 bilion dari hasil eksport minyak, peningkatan 42% dari tahun 2003, mengikut angka-angka yang dikumpulkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga Persekutuan (New York Times, Jan. 28, 2005). Dibandingkan angka ini dengan angka dari tahun 1972, para pengeksport minyak ini menerima $23 billion dari hasil export minyak, atau tahun 1977, apabila, selepas daripada peristiwa Krisis minyak 1973, mereka menerima $140 bilion/ (Daniel Yergin, The Prize [Simon & Schuster, 1991], m/s 634).

Oleh kerana jualan minyak dunia dipelopori dalam dolar A.S, perubahan nilai matawang dolar berbanding dengan matawang dunia memberi kesan kepada keputusan kepada berapa banyak OPEC mengeluarkan minyak. Sebagai contoh, apabila dolar jatuh relatif kepada matawang lain, negara-negara OPEC menerima keuntungan yang kurang di dalam matawang lain bagi minyak mereka, menyebabkan sejumlah potongan terhadap kuasa beli mereka, kerana mereka berterusan menjual minyak di dalam dolar A.S. Selepas matawang euro dierkenalkan, Iraq membuat keputusan bahawa minyak mereka harus dibayar di dalam bentuk matawang ini menggantikan dolar A.S.

Keputusan OPEC mempunyai pengaruh yang kuat atas harga minyak antarabangsa. Sebagai contoh, ketika krisis tenaga 1973, OPEC enggan menghantar minyak ke negara-negara barat yang menyokong Israel dalam Perang Yom Kippur atau Perang Oktober, yang mana mereka menentang Mesir dan Syria. Keengganan ini menyebabkan harga minyak naik empat kali ganda dan berlarutan hingga lima bulan, bermula pada Oktober 17, 1973, dan berakhir pada 18 Mac 1974. Akhirnya, negara-negara OPEC bersetuju pada 7 Januari, 1975, untuk menaikkan hargaminyak mentah sebanyak 10%. Pada masa itu, negara-negara OPEC — termasuklah kebanyakan negara yang sudah memiliknegarakan industri minyak mereka— menyahut panggilan bagi satu tatacara ekonomi antarabangsa yang dimulakan oleh pakatan negara-negara pengeluar utama. Kesimpulan daripada Sidang Kemuncak OPEC Pertama di Algiers mereka menyeru kepada harga komoditi yang adil dan stabil, satu program makanan dan pertanian, pemindahan teknologi daripada Utara ke Selatan dan pendemokrasian sistem ekonomi .

Tidak seperti banyak kartel lain, OPEC telah berjaya meningkatkan harga minyak untuk penggunaan lanjutan. Sebahagian besar kejayaan OPEC boleh dikaitkan dengan fleksibiliti Arab Saudi. Pertubuhan ini telah bertolak ansur terhadap penipuan di pihak anggota kartel lain, dan mengurangkan pengeluaran sendiri untuk memberikan pampasan bagi anggota lain yang telah melebihi kuota pengeluaran mereka. Tindakan sebeginini memanfaatkannya dengan baik, kerana dengan kebanyakan ahli berada pada pengeluaran penuh, Arab Saudi adalah satu-satunya negara ahli dengan kapasiti lebihan serta juga mempunyai keupayaan untuk meningkatkan bekalan jika diperlukan.

Dasar ini telah berjaya menyebabkan harga minyak mentah meningkat kepada tahap yang telah pada satu masa dicapai hanya dengan produk ditapis. Walau bagaimanapun, keupayaan OPEC untuk menaikkan harga mempunyai beberapa had. Kenaikan harga minyak mengurangkan penggunaan dan boleh menyebabkan penurunan dalam pendapatan bersih. Tambahan pula, kenaikan harga panjang boleh menggalakkan perubahan sifat yang sistematik, seperti penggunaan tenaga alternatif, atau peningkatan pemuliharaan.

Di ambang Perang Teluk pada tahun 1990-91, Presiden Iraq iaitu Saddam Hussein mendokong agar OPEC menaikkan harga minyak, seterusnya membantu Iraq dan negara-negara ahli yang lain melangsaikan hutang perkhidmatan negara-negara ini. Walau bagaimanapun, pertelingkahan di antara negara-negara OPEC yang diganggu oleh Perang Iran-Iraq serta penjajahan Iraq di Kuwait menganggu keutuhan pertubuhan dalam OPEC. Harga minyak mula menurun hanya apabila risiko gangguan bekalan minyak akibat konflik-konflik ini reda.

Setelah harga minyak merudum sehingga $10 setong, concerted diplomacy, sometimes attributed to Venezuela’s president Hugo Chávez, achieved a coordinated scaling back of oilproduction beginning in 1998. In 2000, Chávez hosted the first summit of heads of state of OPEC in 25 years. Pada Ogos 2004, OPEC began communicating that its members had little excess pumping capacity, indicating that the cartel was losing influence over crude oil prices. Indonesia sedang mempertimbangkan semula keahliannua kerana menjadi sebuah negara pengimport minyak bersih serta tidak mmapu memenuhi kuota pengeluaran minyaknya sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum http://money.cnn.com/2008/02/22/news/international... http://www.kommersant.com/p726525/ http://www.econlib.org/library/Enc/OPEC.html http://www.opec.org/ http://www.opec.org/opec_web/en/about_us/25.htm http://www.opec.org/opec_web/en/press_room/4305.ht... https://www.cia.gov/library/publications/the-world... https://www.cia.gov/library/publications/the-world... https://www.eia.gov/beta/international/data/browse... https://www.eia.gov/beta/international/data/browse...